Fakta : Tanda Kucing Datang Kepada Kita

Assalamualaikum semua. Siapa pencipta kucing kat sini ? Sama la. Kita geng! Kalau Fie jumpa kucing, ofcourse Fie suka belai2 badan dia and then bagi makan kat si kucing kat mana2 tempat pun. Hehehe. Fie tak pernah bela kucing. Tapi kucing - kucing selalu datang "melepak" kat rumah Fie. So, Fie just bagi makan kucing and layan kucing gitu2. 

Image result for anak kucing gemuk

Okay. Setiap kejadian alam mempunyai dua makna, yang tersurat dan tersirat. Beruntunglah mereka yang boleh memahami kedua-dua maknanya. Ini termasuklah dalam perkara mengenai kucing.

Apakah makna yang tersirat jika kucing datang kepada kita? Apakah yang cuba disampaikan Tuhan kepada kita? Mari kita renungkan bersama.

Tanda #1 – Bahagian Kucing

Selalu terjadi apabila kita duduk di warung sambil makan, pasti ada kucing jalanan yang menagih simpati. Perutnya yang lapar siapalah yang sudi memberi. Ya, kucing itu mungkin nampak kotor dan comot. Namun siapakah kita untuk memandang jelik makhluk Allah SWT itu?

Kehadiran kucing itu menyampaikan pesanan yang jelas dari Tuhan. Percayalah, dalam ketika kita enak menjamu selera mungkin kita terlupa mensyukuri nikmat Tuhan.

Maka kerana itu Allah SWT menghantar kucing kepada kita agar kita sentiasa beringat bahawa setiap rezeki yang dikurniakan itu bukan 100% milik mutlak kita.

Sebahagiannya milik orang lain atau makhluk lain. Kali ini, milik sang kucing jalanan. Maka berbagilah rezeki itu juga kepadanya. Semoga dengan memberi, kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur.

Tanda #2 – 10 Kali Ganda Kebaikan/Ganjaran

Sesungguhnya sedekah itu ada dalam pelbagai bentuk dan rupa. Inilah antara rahsia-rahsia kebijaksanaan Allah SWT. Apabila kucing datang kepada kita dan meminta sedikit rezeki lalu kita menghulurkan kepadanya, maka kita telah berbuat kebaikan kepadanya.

Bersedialah untuk menerima 10 kali ganda kebaikan dan ganjaran dari Tuhan sebagai balasan pada perbuatan baik tersebut. Itu janji-Nya kepada mereka yang bermurah hati menyantuni makhluk yang lain.

Tersenyumlah kawan kerana kehadiran kucing kepada kita ketika itu membawa maksud bahawa Allah SWT telah menyediakan 10 kali ganda rezeki yang jauh lebih baik untuk kita bagi menggantikan bahagian rezeki yang bakal diberikan kepada kucing.

Tidakkah kita sangat gembira apabila menerima hadiah yang indah? Maka apabila Tuhan semesta alam sendiri yang memilih untuk memberikan kita hadiah yang 10 kali ganda jauh lebih baik, bukankah itu suatu yang mengujakan?

Tanda #3 – Belajar Ikhlas

Allah SWT membimbing dan mendidik manusia melalui kehidupan dan alam. Besar keistimewaannya pada orang yang didekati kucing kerana melaluinya manusia boleh belajar ilmu ikhlas.

Kenapa ikhlas? Adakah kucing itu mempunyai wang ringgit bagi membalas kebaikan yang diberikan? Mampukah kucing itu meninggikan darjat dan memberikan pangkat kepada orang yang memberinya makan?

Tentu sekali tidak. Maka tanpa apa-apa balasan yang dapat diharapkan dari kucing, tindakan yang tetap terus berbuat kebajikan kepadanya akan mendidik jiwa kita untuk menjadi manusia yang ikhlas.

Ikhlas dalam berbuat kebaikan sebagai khalifah yang terpilih atas muka bumi Tuhan dan ikhlas untuk tetap terus istiqamah mengamalkan kemanusiaan. Terimalah pendidikan percuma dari Tuhan ini dan usahalah untuk berjaya menguasai pembelajarannya.

Tanda #4 – Belajar Ihsan

Kadangkala kucing yang mendekati kita itu mungkin jengkel ulah lakunya. Boleh jadi naik geram kita dibuatnya. Apabila situasi ini yang terjadi maka beringatlah bahawa Allah swt menghantar kucing itu sebenarnya untuk menguji kita.

Ujian pertama adalah soal bagaimana kita memandang dunia terutamanya rezeki. Adakah kita terlalu cintakan dunia sehingga kita menjadi terlalu bakhil dalam berkongsi rezeki dengan yang lain? Jangan pernah terlupa tentang amanah sebagai khalifah terpilih yang ditugaskan melaksanakan yang hak.

Ujian kedua adalah untuk melihat sejauh mana layanan kita kepada sesama makhluk. Sedarlah apabila kucing datang meminta makanan misalnya, kucing itu tidak minta ikan yang baru digoreng. Kucing itu tidak minta pinggan yang cantik untuk dihidang makanannya. Kucing itu tidak diminta mulutnya dilap cermat dengan tisu selepas makan. Kucing itu tidak mengharap layanan 5 bintang.

Cuma yang diminta adalah sisa makanan barang sedikit sebanyak yang tidak habis untuknya makan. Apabila nakal perangainya dan rimas rayuannya, sabarkah kita melayannya?

Ingatkah kita bahawa Tuhan sentiasa melihat dan mengawasi setiap tindak tanduk mahupun lintasan hati kita terhadap kejadian dan makhlukNya dalam emosi kita?

Inilah ilmu ihsan. Ilmu tentang mampu mengingati Tuhan dalam setiap kata-kata, tindakan, fikiran mahupun emosi. Ilmu tentang melakukan sesuatu dengan ingatan kuat bahawa Tuhan sentiasa melihat dan sangat hampir. Tiada satu pun dapat bersembunyi dariNya.

Malu kita pada Tuhan apabila apa yang dilakukan kita sehari-harian bukan seperti perintahNya malah kita gagal menjauhi laranganNya dalam beradab dengan sesama makhluk.
Tanda #5 – Kurniaan Rezeki yang Berpanjangan

Pernah tak ada kucing yang tiba-tiba datang ke rumah kita? Tanpa segan silu kucing itu mengisytiharkan dirinya sebagai sebahagian dari keluarga kita. Lalu dia turut bertindak seperti penghuni tetap di rumah itu. Disuruh pergi namun tetap tegar kembali.

Bergembiralah kerana anda terpilih untuk mendapatkan kurniaan rezeki yang berpanjangan dari Tuhan. Dari manakah datangnya rezeki ini?

Apabila kucing itu tinggal tetap, ini bermakna peluang bersedekah melalui asbab kucing itu telah dibuka setiap hari untuk kita. Sedekah yang berterusan mengundang rahmat Allah swt yang menjadikan rezeki melimpah ruah seperti hadith berikut:

Nabi saw bersabda kepada Zubair bin al Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.

Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”Hadis Riwayat al-Daruquthni dari Anas ra

Allah SWT nak menegur kita bahawa jika kita menolak kehadirannya, seolah-olah kita menolak rezeki yang melimpah ruah telah diperuntukkan Allah swt untuk kita.

Kucing itu hanya menjadi asbab kepada terjemputnya segala rezeki ini lewat keikhlasan kita dan doa dari kucing itu untuk tuan rumahnya.

Jadi selepas ini jika kita didekati kucing berbaik sangkalah kepada Tuhan kerana agenda rezeki kita dari Tuhan itu lebih baik dari perancangan kita sendiri. Dan mungkin kehadiran kucing itu menjadi kunci kepada turunnya rezeki di dalam hidup kita.

Ya, rezeki bukan hanya wang ringgit dan harta benda tapi turut dalam bentuk yang lain seperti kegembiraan, kesihatan, ketenangan, ilmu, kemudahan dan pelbagai lagi di dunia dan akhirat. Jika pintu rezeki di’meow’ di hadapan kita, terimalah dengan redha kehadirannya.

41 comments:

Eyqa Hasnan said...

Rumah nie ada 2 ekor kucing selalu datang. Bila baca entry nie, macam dapat kesedaran pulak

Cik Fie said...

@Eyqa Hasnan

Alhamdulillah jika mendapat kesedaran apabila baca tentang ni. :)

Afizah Abd Rahman said...

Memang suka dengan kucing. Anak-anak pon suka and sibuk suruh bela. Tapi tak sanggup lagi lah. Kalau pergi kedai makan pon mesti kucing suka datang mengendeng.

Cik Fie said...

@Afizah Abd Rahman

Saya sanggup bela kucing tapi mak saya tak bagi bela sebab geli dengan kucing walaupun dia sayang kucing. Hehehe. :)

Zharif Azis said...

Sebab tu sy suka bawak makanan kucing bila pergi ke kedai2 makan tepi jalan sebab sy tahu mesti ada kucing yg akan dtg. Kesian tgok dorg panjat2 kaki nak makanan. Xsampai hti nk tolak

Liez said...

Liez dulu takut kucing.. sm menangis la klau nmpk kucing nak dtg.. tp lps bersalin 1st baby terua hilang rasa takut.. skrg siap simpan foods dlm kereta.. utk sexekah pada kucing

Cik Fie said...

@Zharif Azis

Kan..kesian pulak kalau tak bagi makan.

Lia Hasty said...

Suka dengan kucing tapi xboleh nak bela bagi komitmen, nanti kebajikan kucing terabai. Kalau setakat bagi makan boleh je sebab kesian tengok muka. Nanti diri sendiri yang sedih.

Hanny Abdullah said...

Yahh sis pun memang pencinta haiwan terutama kucing. Gi mana kalau nampak kucin terbiar ni mmg sedih yg amat. Sebab tu lah sampai skrg sis jadik resuer..amvik kucing bwk balik..htr klinik then open for adoption. Kat rumah ni kucing luar mmg suka dtg lepak sb makanan mmg dh tersedia utk mereka

Syafiera Yamin said...

kita suka kucing,
tapi buat masa sekarang
i nak fokus komitmen anak-anak
tak ada masa nak jaga kucing basuh berak mereka...
kita tak sanggup,
ya saya tahu memang Allah hantar untuk cambahkan rezeki..
tak pela Insha Allah ku usaha...
sebab ada 3 ekor anak kucing di depan rumah ni..
mak dia beranak..
I pegang anak kucing tu tapi anak kucing tu takut ngan kita hehehe

Nurhasanah Ismail said...

Saya suka tengok keletah kucing, nakal2 dan comel. Tapi tak berani bela sebab takutt..huhu. kalau ada kucing kelaparan mmg suami dan anak2 suka bagi makanan pd kucing tu.

AyuArjuna BiGoshh said...

Tiba rasa teringat kat
Kucing yg pernah dulu. Kucing ni binatang kesayangan Rasulullah memang kalau kita baik beri layanan kepadanya insyaallah besar pahala... seronok tengok kucing sebab dia ada karektor syg tuan dan sgt manja

iffah hussin said...

Saya ada 3 ekor kucing kesayangan. Memang banyak kos makanan dan pasir untuk mereka setiap bulan, tapi alhamdulillah rezeki ki juga walau tak mewah tapi cukup sentiasa.. Suami selalu time nagi makan tu dia bercakap dengan kucingnya... Doakan Ayah kaya.. Aku sentiasa belikan makanan yang sedap untuk kau. Selalu akan ckp time bersihkan mereka Alhamdillah anggaplah ini rezeki mereka yg turut doakan tuan nya.. Aamiin.

Abby Onety said...

Saya punya kucing dirumah yang selalu manja. Suka pelukin tp kalau kucing orang lain rasanya gak sudi.

Iya juga sih klo ke warung makan byk kucing mendekat ke kaki tp rasanya risih banget. Baru tahu klonitu gk bagus. Makasih sharingnya sangat bermanfaat

Rodiah Amir said...

Kami satu keluarga suka kucing. Comel dan manja. Orang selalu kat kedai makan akan bagi tulang je kat kucing sebab nya terpengaruh cerita tv kot. Kan kartun slalu bagi tulang ikan kat kucing.
Tapi selalu bagi kucing bahagian isi. Kemain happy lagi dia. Kucing ni best as stress theraphy.

Rabiatul Adawiyah said...

Ruby suka kucing, Cuma nak bela tu memang tidak boleh sebab ada asthma. Cuma bleh bg makan dan minum. Kucing di rumah ni ada sekor yang selalu datang. Kesian tengok. Macam ada orang punya. Sebab bila dia hamil, selalu cari food. Bila bersalin tak tau la anak dia pi mana. Pastu ibu tu ada lg cari makan. Rumah apartment je ni. Tapi pelik betul situasi pemilik kucing tak bertanggungjawab biar ibu kucing cari food. Anak dia nak pula.

Nadia Johari said...

Selalu masa makan dekat luar, kucing akan datng. Lepas tu nad aty suami akan bgi makanan tu. Suami selalu cakap " kenapa kucing ni datng kat kit, bukan orang lain".sebab kita adalah insan terpilih..hahaha..mungkin bac entry ni memg kami insan terpilih oleh Allah untuk berkongsi makanan dengan kucing..hehhe

Zayani Zulkiffli said...

Betul sis, siami selalu pesan kucing datang kasi makan sikit. Ada sebab kenapa dia pilih kita drp ornag lain..

mama tisya said...

tk brp suka kucing sbb fobia kalo kena cakar huhu tp suka tgk kucing yg bulu2 lebat tu..tp anakdara suka sgt kucing...kt umh mertua mmg byk kucing...lps tu beranak pinak lg...pernh kucing kesayangan die mati punya la meraung terkejut maknya

dr-Life said...

I love Kitty!!!! Always cheers me up whenever I sad. If have any of adoption do let me know...

Cik Fie said...

@Liez

Bagus tu. Sedekah amalan mulia. :)

Cik Fie said...

@Lia Hasty

Tula. Rasa bersalah kalau tak bagi makan. :(

Cik Fie said...

@Hanny Abdullah

Wahhh..baiknyaaa sis. :)

Cik Fie said...

@Syafiera Yamin

Try jugak pegang anak kucing tu. Tapi jangan selalu pegang sangat. Takut mak kucing tu tak nak mengaku anak dia. Heheheh. :)

Cik Fie said...

@Nurhasanah Ismail

Saya dulu pun tak berani nak pegang n bela kucing. Tapi sekarang dah berani. Heheheh. :)

Cik Fie said...

@AyuArjuna BiGoshh

Ya. Saya sukakan kucing sebab mereka binatang kesayangan Rasulullah. :)

Cik Fie said...

@iffah hussin

Amin. Baik la suami akak. Semoga family akak murah rezeki dan panjang umur ya kak. :)

Cik Fie said...

@Abby Onety

Sama2. :)

Cik Fie said...

@Rodiah Amir

Hehehe. Betul tu. Kucing ni dapat menghilangkan stress kita. :)

Cik Fie said...

@Rabiatul Adawiyah

Betul tu. Sometimes ada orang yang biarkan mak kucing cari food sendiri n ambik anak kucing. Maybe sebab anak kucing tu kecik n comel. Hehehe. Tapi kesian pulak mak kucing tu. :(

Cik Fie said...

@Zayani Zulkiffli

Ya. Betul tu. Sebab mungkin dia sayangkan kita. :)

Cik Fie said...

@mama tisya

Biasa la tu. Kalau dah sayang sangat dengan haiwan kesayangan..mesti sedih kalau haiwan kesayangannya pergi. :(

Cik Fie said...

@dr-Life

I love kitty too. Alright. If have any of adoption, i will contact you. :)

Cik Fie said...

@Nadia Johari

Hehehe. Yup. Dalam tak sedar, mungkin kita insan yang terpilih untuk berkongsi makanan dengan kucing. Insya Allah. Pahalanya sangat besar. :)

Rawlins GLAM said...

MasyaAllah. Terima kasih kerana berkongsi ilmu ini. Rawlins pun pencinta kucing - tak kisah macam mana rupa mesti nak tegur dan belai. Hehe

Sunshine Kelly said...

I love cats also they are so manja and always our best companion.

Anonymous said...

I am not sure where you are getting your info,
but great topic. I needs to spend some time learning much
more or understanding more. Thanks for magnificent info I was looking for this information for my mission.

Saskia said...

Artkikelnya Bagus banget gan,jangan lupa singgah juga ya,Makasihh ^_^ AGEN BANDARQ

Siti Yang Menaip said...

cheq sukaaaa kalo kucing mai hehehe..

Kontengaptek said...

bagus artikelnya..

sangat bermanfaat

Kontengaptek said...

please visit

my blog